Dec 14, 2012

Majlis Graduasi & Mini Concert 2012


Disebabkan bakat  nyanyian yang ada pada fina,so fina terpilih utk menyertai persembahan sempena mini concert majis graduasi tadika..Memula mama tak confident yang fina boleh menyanyi on stage..papa lagi la,langsung tak percaya kebolehan fina..Bukan apa,fina sorang je budak 2 tahun yang terpilih dan selebihnya budak 3 tahun ke atas..Bila cikgu yakinkan mama yang fina boleh menyanyi dengan jelas,mama pun ok je la fina join concert tu even mama still tak confident fina boleh nyanyi depan orang ramai..Fina kena nyanyi lagu Fruit Salad dengan lagu I Love You..



Majlis ni diadakan di Dewan Balora Perdana, JPN Putrajaya.


Pelik tak tgk decoration dewan tu?huhuhuu..deco tu actually sempena perkahwinan beramai-ramai pada 12.12.12..alang-alang majlis ni 13.12.12 diaorg maintain je deco tu untuk majlis budak-budak ni..:D




 Memula sampai,lepak-lepak dulu sementara ketibaan tetamu yang lain.


Kiss mama dulu..dapatkan restu..:D

Disebabkan kekurangan tetamu khas, Pn. Noraini (Pengetua Taska) menjemput mama and papa utk mewakili tetamu khas yang tak dapat datang.. Dah la mama dengan papa,dress code tak formal..da orang ajak,pergi je la..dapat pulak duduk depan!!


Setting table only for VIP table..;)

Time ni fina and kawan-kawan tengah standby belakang pentas, mama nevess sangat tunggu time fina perform..one by one performance by budak-budak taska,cute sangat tengok diaorg bergangnam style and macam-macam nursery rhymes..mama dok bayangkan,boleh ke fina menyanyi macam diaorg?huhuu

Kalau ikut dalam aturcara majlis,fina perform dalam pukul 11 lebih..so,pengerusi majlis da jemput makan,mama sampai macam tak selera nak makan sebab dok tunggu fina tak keluar2 lagi,Lepas tu,boleh pulak pengerusi majlis cakap,ada anak-anak yang kat belakang tengah menangis..Alamak!!mama da risau,fina ke yang menangis tu..aduyaii..cepat la finaa...

Tengok org je la makan..

Time baru nak mood makan, sekali nampak fina da nak keluar,ape lagi..terus mama ke depan utk snap picture and record the video! Fina nampak mama and cakap 'itu mama' sambil tunjuk kat mama.mama senyum sambil suruh fina nyanyi..fina pun relaks je and nampak dia enjoyy je on stage..legaaa mama ;) 

1st song FRUIT SALAD






Full video of this song :



And the next song is I LOVE YOU song..




Lagu ni yang paling fina semangat sebab kalau kat rumah,fina asyik nyanyi lagu ni,lagipun kecik-kecik dulu fina suka tengok video barney and thats why la agaknya fina senang nak nyanyi lagu ni.Tengok la tu fina punya ''mmuahhhh' sampai terangkat-angkat kaki..semangat sungguh!


Da abis nyanyi,nak keluar pentas da..



Turun pentas,cikgu bagi fina kat mama..sampai kat mama,terus fina cakap nak makan..sian anak mama lapar!






Lepas perut fina da kenyang,mula la tak dok diam,orang kat atas pentas tengah nyanyi lagu BA BA BLACK SHEEPP,fina pun nak naik pentas nyanyi sekali..merengek2 kat mama,nak nyanyi lagi..alahaii fina,daripda mama risau-risau fina tak boleh nyanyi depan orang ramai,sudahnya over expose plak :D




Time penyampaian hadiah pulak,mama ada cakap yang fina akan dapat hadiah. Bila pengerusi majlis sebut nama, fina terus naik atas tangga depan pentas tu,padahal bukan nama dia pun yang disebut.Terkejut mama bila tengok dia dah sampai tangga atas sekali..ya rabbi,anak dara mama!!bila mama suruh turun,dia cakap nak hadiahh...huhuuuu..



Bila cikgu da bagi hadiah,maka tamatlah majlis hari itu and masa utk pulang!!


Nadya & fina!!



Inilah hadiah untuk fina..;)



Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Fina sangat happy and opcoz mama and papa lagi happy bila fina berjaya perform dengan jayannya..yeayyyy!!




No comments:

Post a Comment

 

Design By:
SkinCorner