Dec 14, 2012

Majlis Graduasi & Mini Concert 2012


Disebabkan bakat  nyanyian yang ada pada fina,so fina terpilih utk menyertai persembahan sempena mini concert majis graduasi tadika..Memula mama tak confident yang fina boleh menyanyi on stage..papa lagi la,langsung tak percaya kebolehan fina..Bukan apa,fina sorang je budak 2 tahun yang terpilih dan selebihnya budak 3 tahun ke atas..Bila cikgu yakinkan mama yang fina boleh menyanyi dengan jelas,mama pun ok je la fina join concert tu even mama still tak confident fina boleh nyanyi depan orang ramai..Fina kena nyanyi lagu Fruit Salad dengan lagu I Love You..



Majlis ni diadakan di Dewan Balora Perdana, JPN Putrajaya.


Pelik tak tgk decoration dewan tu?huhuhuu..deco tu actually sempena perkahwinan beramai-ramai pada 12.12.12..alang-alang majlis ni 13.12.12 diaorg maintain je deco tu untuk majlis budak-budak ni..:D




 Memula sampai,lepak-lepak dulu sementara ketibaan tetamu yang lain.


Kiss mama dulu..dapatkan restu..:D

Disebabkan kekurangan tetamu khas, Pn. Noraini (Pengetua Taska) menjemput mama and papa utk mewakili tetamu khas yang tak dapat datang.. Dah la mama dengan papa,dress code tak formal..da orang ajak,pergi je la..dapat pulak duduk depan!!


Setting table only for VIP table..;)

Time ni fina and kawan-kawan tengah standby belakang pentas, mama nevess sangat tunggu time fina perform..one by one performance by budak-budak taska,cute sangat tengok diaorg bergangnam style and macam-macam nursery rhymes..mama dok bayangkan,boleh ke fina menyanyi macam diaorg?huhuu

Kalau ikut dalam aturcara majlis,fina perform dalam pukul 11 lebih..so,pengerusi majlis da jemput makan,mama sampai macam tak selera nak makan sebab dok tunggu fina tak keluar2 lagi,Lepas tu,boleh pulak pengerusi majlis cakap,ada anak-anak yang kat belakang tengah menangis..Alamak!!mama da risau,fina ke yang menangis tu..aduyaii..cepat la finaa...

Tengok org je la makan..

Time baru nak mood makan, sekali nampak fina da nak keluar,ape lagi..terus mama ke depan utk snap picture and record the video! Fina nampak mama and cakap 'itu mama' sambil tunjuk kat mama.mama senyum sambil suruh fina nyanyi..fina pun relaks je and nampak dia enjoyy je on stage..legaaa mama ;) 

1st song FRUIT SALAD






Full video of this song :



And the next song is I LOVE YOU song..




Lagu ni yang paling fina semangat sebab kalau kat rumah,fina asyik nyanyi lagu ni,lagipun kecik-kecik dulu fina suka tengok video barney and thats why la agaknya fina senang nak nyanyi lagu ni.Tengok la tu fina punya ''mmuahhhh' sampai terangkat-angkat kaki..semangat sungguh!


Da abis nyanyi,nak keluar pentas da..



Turun pentas,cikgu bagi fina kat mama..sampai kat mama,terus fina cakap nak makan..sian anak mama lapar!






Lepas perut fina da kenyang,mula la tak dok diam,orang kat atas pentas tengah nyanyi lagu BA BA BLACK SHEEPP,fina pun nak naik pentas nyanyi sekali..merengek2 kat mama,nak nyanyi lagi..alahaii fina,daripda mama risau-risau fina tak boleh nyanyi depan orang ramai,sudahnya over expose plak :D




Time penyampaian hadiah pulak,mama ada cakap yang fina akan dapat hadiah. Bila pengerusi majlis sebut nama, fina terus naik atas tangga depan pentas tu,padahal bukan nama dia pun yang disebut.Terkejut mama bila tengok dia dah sampai tangga atas sekali..ya rabbi,anak dara mama!!bila mama suruh turun,dia cakap nak hadiahh...huhuuuu..



Bila cikgu da bagi hadiah,maka tamatlah majlis hari itu and masa utk pulang!!


Nadya & fina!!



Inilah hadiah untuk fina..;)



Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Fina sangat happy and opcoz mama and papa lagi happy bila fina berjaya perform dengan jayannya..yeayyyy!!




Free diaper at 2 years!


Yeayyyy!

This is one of fina achievement..





Pada fina, takde la susah sangat mama nak train fina untuk start free diaper ni..Biasanya mama akan train during weekend,itu pun weekend yang takde kemana-mana. And bisanya jarang weekend ada kat rumah,so memang jarang la mama berkesempatan untuk train fina.

For the 1st time, standard la,confirm punya fina anak terlepas kat mana-mana..setiap 5 minit sekali kot mama akan tanya 'fina nak kencing'? and mama akan sentiasa bagitau ' nak kencing bgtau mama okay..'kencing kat toilet'..'jangan kencing dlm seluar'..bla..bla..bla..! boring da dengar..Fina pulak,bila tengah kencing tu baru fina akn bagitau mama yang fina kencing..utk memula ni mama tak marah la sgt..mama just bagitau balik,' kalau nak kencing bagitau mama cepat2'..okay...and berulang benda yang sama utk aritu..

Next train plak,mama semakin mengganas, setiap kali fina kencing kat mana-mana,mama akan start marah sambil ulang benda yang sama balik..' nak kencing bgtau mama okay..'kencing kat toilet'..'jangan kencing dlm seluar'..bla..bla..bla..!kali ni,mama akan letakkan fina dalam toilet lama-lama utk ajar fina kencing..setiap 10-15 minit,mama akan bawak fina ke toilet even fina tak cakap pun nak kencing..tapi,fina tetap kencing merata jugakk..fina tak dapat nak gak,bila nak bagitau mama and bila nak kencing..sudahnya,terkencing gak kat tempat dimana fina berada..




And nampaknya mama mcm fed-up je nak train fina lagi.Mama cakap penat la kalau asyik kencing merata jek,baik pakai pampers je.And lama-lama..bila setiap kali fina kencing dalam pampers fina akan bagitau mama,and mama akan ckp,'kencing je la..fina kan pakai pampers'..and mungkin mama terfikir yang fina da bole control and bagitau bila dia nak kencing!

And alhamdulillah,bila mama train lagi sekali,mama cakap lagi benda yang sama mcm mama pernah cakap dulu 'nak kencing bgtau mama okay..'kencing kat toilet'..'jangan kencing dlm seluar'..bla..bla..bla..!fina semakin ingat kata-kata mama..bila mama tanya ' nak kencing kat mana?'..fina akan jawab 'toilet..'..bila mama tanya,'kalau kencing kat sini(sofa/karpet) mama akan buat ape?'..fina akan jawab,'mama marah ngn cubit'!yess..fina da paham..and bila mama bawak ke toilet,fina kencing dengan jayanye..and begitulah seterusnya..legaaa da mama..fina da boleh control utk kencing dan bagitau mama..so,satu hari tu memang fina tak pakai pampers sampailah time nak tidur..

Pas ni fina kena ready utk training malam pulak..nampaknya ni tugasan lagi mencabar utk mama!!Sekarang,balik nursery,fina tak pakai pampers da,time tido je baru mama akan pakaikan..tapi kat nursery,cikgu macam tak berapa rajin untuk monitor fina..so,mama kena main peranan la..:D

Mama sebenarnya tak kisah pun fina nak pakai pampers ke tak,sebab mungkin awal lagi pada usia 2 tahun ni,sebab ramai kawan2 fina yang 4 tahun baru nak belajar free diaper..tapi mama nak fina belajar and tengok sejauh mana fina boleh pergi..and alhamdulillah,mama happy dengan pencapaian fina..mama selalu cakap 'fina pandaiiii!!'..TQ mama ;)








Im going to be a big sister!


Alhamdulillah!!


Apakah maknanye ni??


Fina nak dapat adik..Insyaallah! 


Asyik cakap dengan dora jekk..:D


Mama now 4th month of pregnancy and insyaallah akan melahirkan adik fina pada bulan May 2013.

Nampak tak cute baby inside mama's tummy? hehe


Mama selalu tanya fina,fina nak adik boy or girl? Ermmm..fina tak tahu nak jawab apa, tapi mestilah fina nak kawan main masak-masak dan kawan main anak patung..Kalau boy nanti,dia tak nak kawan dengan fina..Tapi,mama cakap,mama nak boy...



dan apapun semuanya Allah tentukan.

Yang penting baby fina nanti cukup sifat and sihat dengan jayanya!!
Insyaallah!!! ;)





Oct 30, 2012

Hobi fina menyanyi



Happy watching!!





                                       TAJUK LAGU : BABY SAYA

Lirik :
Baby saya baby saya
Menangis..menangis
Emak buat susu,emak buat susu
tidurlah..tidurlah

Jangan nakal,jangan nakal
Di taska,di taska
Nanti cikgu rotan,nanti cikgu rotan
bab bab adoi,bab bab adoi



TAJUK LAGU : MANA KUCING

Lirik:
Mana kucing,mana kucing
Didapur,didapur
Makan ikan goreng,makan ikan goreng
Mioww..mioww.mioww




TAJUK LAGU : ABC




TAJUK LAGU : TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR

Lirik:
Twinkle twinkle little star
How i wonder what you are
Up above the world so high
Like a diamond in the sky



TAJUK LAGU: KAPALTERBANG

Lirik:
Kapalterbang,kapalterbang
Tersangkut..kut,tersangkut..kut
Masuk dalam lubang,masuk dalam lubang
Meletop..pomm,meletop..pomm


Tak kira dimana-mana dan dalam apa jua keadaan,kalau fina rasa nak nyanyi,fina nyanyi jek..Lagu2 diatas adalah versi fina sendiri..ada yang fina belajar kat school and ade gak yang mama and ummi ajar! 

Selain lagu2 di atas,banyak lagi lagu yang fina suka nyanyi..pendek kata,mmg fina suke nyanyi laa..bila kite nyanyi kite akan rasa gembira disamping dpt menghiburkan ramai org ..lalalalalaaaaaaa  ;)

Aug 30, 2012

raya pertama!!

Hai...SELAMAT HARI RAYA semua!Da lama jugak fina tak hapdet blog cute ni..sibuk yg amat la,maklum la nak raya..sibuk buat kuih,jahit baju,jahit langsir,tunaikan ibadah lg..mana sempat nak hadap blog ni..eheheee

Oklahhh,tujuan utama kali ni nak sharing2 cerita raya fina thn ni...Alhamduillah,meriahh yang amat..syukur!!

Tahun ni turn beraya belah mama..so,kami sekeluarga dgn atuk sefamily balik kampung atuk kat Bagan Datoh,Perak.Fina masih ada onyang laki and pompuan lagi..Malam raya tu perkara wajib adalah bunga api meletop sana-sini..gitu jugak lah kat kampung ni..Selain tu aktiviti malam raya adalah makan,makan..makan!



Okay,pengumuman raya pun da kedengaran and confirm esok raya...yeayyyyy!ahaha..apakah makna raya bagi fina??fina bukan pose pun..mama cakap raya adalah hari kemenangan bagi org yg berpuasa sebulan di bulan Ramadhan..tak kisah la kan,fina tecik lagi..Jom baca cerita raya fina...


HARI RAYA PERTAMA - 21/8/2012 (Ahad)


Seawal lepas subuh mama da kejutkan..mandi..gigil2 fina mandi (maklum la,org tak biasa mandi pagi..hehe)..pas mandi, makan dan sesi bermaaf-maafan dan bersalaman dengan sume sedara mara,sepupu-sepapat and sume2 la yang ada kat situ..pastu ikut mama and papa solat sunat hari raya kat masjid..;)






Balik dari solat sunat hari raya..............eheheee..malu nak cite :") tgk la sendiri..


Atuk & nek umi bagi duit raya!!wink..wink..:D
Lepas tu berphotoshoot la kami...photoshoot ala2 kadar ;)



Okay..lepas tu.jom jalan raya..










Lepas dah ziarah rumah sedara-mara kat Bagan Datoh ni,kteorang nak balik kampung papa pulak kat  Bidor..


To be continued for hari raya ke 2..(tah bile lg nk hapdet agknye..ampun!)


Jun 13, 2012

Hari Belia Negara 2012

Walaupun fina ni belum capai tahap belia lagi,tapi fina pun pegi Hari Belia ni..





Nak tau sebab ape fina pegi?sebab atuk fina keje kt Kementeriaan Belia & Sukan so atuk dpt dpt banyakk sgt voucher makan free..ape lagi,pegi Hari Belia tu semata untuk melahapp je segala apa makanan yang ada kat sana..

Memula fina lepak kat ofis atuk dulu kat KBS Putrajaya tu...tengok pemandangan dari atas kononye smbil amek2 angin..






Pandangan dari KBS..


Sebelum jalan cuci mata kt sepanjang jalan tu,cuci mata tengok binatang kiut miut ni dulu..si comeyyy!!atuk sndiri pun tak tau yg ada pameran kucing katbawah kementerian tu..aloloooo..gerammnye tgk kucing2 kt sini..sooo cute!!!




Ni kucing yg bulunye sgt unik!
dpt perhatian wartawan tempatan ;)




Jalan punye jalan,nampak kartunis art ni..disebabkan mama dgn papa da ade potrait lukisan ni..so mama pun buat satu utk fina..fina kena duduk depan abang tu smbil berposing...abang tu pun lukis muka fina..ehehe..maluu :")




tak reti dok diam!!



TADAAAA....

Inilah hasilnyaaa..

 


sama tp tak serupa..
bile fina sengih mulut dan hidung tak sekiut gmbr potrait tu..


Lepas da penat jalan sampai tak larat nak jalan..naik tram plak..setiap kali nampak tram tu fina asek ckp nak naik je and tunjuk2..last2 atuk nak bagi fina merasa,naik juga lah tram tu utk pusing sekitar hari belia tu..


 Inilah tramnye..


Sepanjang perjalan tram ni dpt la kteorg tgk setiap aktiviti di hari belia tu..tgk dari dalam tram je la..tak larat nk jejak semua kedai kat situ..Antara yang menarik perhatian sasuke malaysia..mama smpi jerit2 tgk abang2 tu beraksi sasuke..tp mmg nmpk mencabar..



  Go abang..go abang!!


Da pusing satu event tu..cari2 makan lagi kasi perut kenyang..pastu borong mknn banyak2 bawak balik..maklum la voucher freekann..wajib habiskann..pastu balik rumah tido sbb kekenyangan..ahahaa :D


 

Design By:
SkinCorner