Jan 17, 2012

Chicken Pox.?OH NO.....!


Uwaaaaaa :"(
Fina dijangkiti virus chicken pox..


Memula badan fina just dedo2..then mama bekalkan ubat demam kt nesery..Pastu teacher call mama,gtau yang fina kena chicken pox..Da tumbuh banyak kat badan..Mama pun dgn laju2 dtg nesery and bawak fina gi klinik...

 
Confirm memang chicken pox..


No wonder la fina dapat virus ni sebabnye kawan2 fina kat nesery tu da 3-4 orang yang kena..And op coz la fina pun terkena tempias and turn fina lak kena..Fina pasrah!!Biar la kena sekarang,drpd nanti fina da vogue de vass sekali ade chicken pox plak.lagi tak sanggup...huhuhuuuu


Balik rumah,mama beli kelapa muda banyak2 sebabnya ramai yang advise mama bagi minum air kelapa muda. Bukan main mama borong kelapa muda kt kedai tepi jalan tu...


Bila bagi fina minum,hampess..sbb fina cam tak suke sgt air kelapa tu..Yang mama bukan main nikmat makan isi kelapa muda tu..'Eh mama ni..die lak beriya mkn isi kelapa muda tu smpi tak ingat org lain da' .. Lebih2 air kelapa yang agak2 da masam yang fina tak nak minum tu mama buat mandikan badan fina..


Selain air kelapa muda, mama sapu lotion yang klinik bagi..Calamine Lotion namanye..Kaler da cantik lotion ni,kaler pink..sekali mama sapu kat badan..uwaaaaa :"( menangis2 fina..panassss...jenuh la setiap kali nak letak lotion tu mama kena kejar fina smpi ke dapur..Fina tak mo...


Ni ler benda alahnye...


Sebenarnye banyak pantang larang time kena chicken pox,tapi mama fina ni agk jahil skit bab2 ni..Maklum la,1st time kena jaga org 'dalam pantang'..Harap2 cepat la fina sembuh.. Lg bape minggu je ni nak celebrate birthday, harus la cun2..huhuhuu..doakan fina cun tau..eh silap!doakan fina cepat sihatt...;)







Jan 9, 2012

My 2nd BIG DAY-28 days to go ;)

Kejapnye masa berlalu...!


28 days to go


CAN'T WAIT  ;)


Sama2 kita nantikan k kawan2..
 
Mama tgh bz wat preparation tu,kalau korang bernasib baik mama jemput,
kalau tak tunggu je la fina update blog k..hehehe..jgn marah! ;)


Jan 3, 2012

Santai Malam Tahun Baru 2012 ;)

Hari Sabtu tahun lepas 31 December 2011,papa bawa kteorg satu family gi Shah Alam..Nak jumpa Ustaz Azhar Idrus secara live sempena sambutan tahun baru 2012 dalam program Jom Santai bersama Ustaz Azhar Idirus & Zizan Raja Lawak..Baru je ari tu jumpa die live kat Bandar Baru Bangi..Actually,papa adalah peminat setia Ustaz Azhar ni..selalu papa layan ceramah dia kat you-tube..Da boring layan you-tube,sekali sekala pergi dengar ceramah live plak..tak gitu??



Lepas solat Asar kteorg da keluar rumah,kena gerak awal,takut nanti jem,susah lak nk cari parking. Confirm ramai orang punyaa!!Alhmdulillah jalan pun tak jem,papa ikut Elite Highway direct to Shah Alam.

Sampai2 terus lepak kat Taman Tasik Shah Alam..amek2 angin,udara sepoi2 bahasa di waktu petang..Nyaman sungguh.





Sebenarnye kteorg confirm tak confirm kat mana actual place,siap tanya orang lagi kat mana Dataran Kemerdekaan Shah Alam tu.. Nasib baik tak jauh da dari Taman Tasik,so kteorg decide jalan kaki je la ke Dataran tu..Lagipun kang kalau bawak kete,jenuh lak nak cari parking lagi kat sana..


 Lepak makan jap..


Sedapnye air pink ni ;)


Fina ngan pak ngah


 Dataran Shah Alam..
Fina rasa mcm nak terjun je dalam air tu ;)


Ngan mama kesayangan ;)


'Cepat fina!!..dah azan maghrib tu'
mama bersuara ;)


And now fina nak berkongsi kemeriahan sambutan tahun baru di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tu..Majlis bermula kul 7pm, iaitu Solat Maghrib berjemaah yg diimamkan oleh Ust Syed Norhisham.Kteorang sampai2 da semayang,tp sempat gak la berjemaah dgn diaorg. Sementara menunggu Isyak, program sembang santai bersama Ust. Syed Norhisham dan Imam Muda Ashraff. Kemudian solat Isyak berjemaah yg diimamkan Imam Muda Ashraff. 

SubhanAllah, Allahuakhbar...pandangan yang cukup indah dan menenangkan jiwa bila tgk jemaah yg sedang solat...Time ni rasa sangat2 bersyukur sbb fina and family dpt bersama2 berkesempatan memahami, merasai, dan menjiwai betapa ramainya umat Islam yang dahagakan suasana keIslaman yang sebenar. Dimaklumkan hampir 80 ribu jemaah yg hadir! Alhamdulillah.Yg tak dpt dok depan stage, dok kat skrin besar..byk jer diorg letak...ada bawak tikar, dok atas sejadah, doh berkumpulan bersama family,kanak2 sampai ke pakcik makcik, ibu mengandung, sumer santai jer..Kitorg lak dok sebelah kiri stage n dok depan skrin besar..huhu...siap dgn paper utk duduk dan pelbagai makanan utk memanjakan perut. 

 Papa tgh cari 'port' baekk punye..

Okay,da dapat 'port'..hehehe


Fina and mama..peaceee!


Jom kita tgk saat2 santai bersama UST AZHAR IDRUS ,ZIZAN, SHAHIR af, SHAM, DAKMIE,AKHIL HAY DAN USTZ.SYED NORHISHAM, Imam Muda ASYRAF

Ni lor pengacara Majlis

Shahir pd mlm tu sempat menyanyikan 2 3 buah lagu kot. Yang paling besh, Shahir telah diberi mandat oleh Sham utk menyanyikan lagunya yang terbaru. Besh jugak. Tak sabar nak tunggu lagu ni keluar. Kira 1st time lah ia didendangkan ni huhu..hot dr oven lg hehe

Lagu : Aku Yang Berdosa Oleh Shahir, Ciptaan Sham Kamikaze




Mmg syok Sham Kamikaze 'menggoreng' hehehe. Yg sgt besh time dia feat dgn Dakmi nyanyikan lagu diorg time jd 'KAMIKAZE' dulu ehhe..'Tajuk Lagu : LUHUR '..wah, sgt tersentap dgr lagu ni hehehe...besh :)



Time ni Dakmi nyanyi lagu OST Adamaya...Yang Terindah...

Abis diorg ni, pengacara menjemput lak 'oghe Tganu' nek pentas ehhe..time ni suspen la samada Ustaz Azhar Idrus or Zizan kan hehee...mestila ustaz yg kuar dulu huhu...tersenyum jer sume org bila ustaz keluar Bila Ustaz dok skejap bg salam, tup2 Zizan keluar..time ni kecoh skejap huhuu...bila dah dok sama2...Ustaz tgk Zizan, Zizan tgk Ustaz..malu2..pastu masing2 tergelak ehhee...Ustaz ckp..oh Zizang, ingatkan JKKK takdih hehe...lama jugak diorg nak start soal jawab, masing2 nak tergelak hehe...siap zizang ckp, 'idung sama' huhuhu...Zizan ni kiranya pembantu Ustazla, tolong ajukan soalan agama untuk Ustaz jawab




Ustaz tergelak bila tgk muka zizan...hehehe..chomelsss tul!


Ceria ehehhe...ada jer zizan nak tokok tambah ni hahahaha


Time ni Zizang 'dikenakan' oleh Ustaz kot..



Abis soal jawab untuk Ustaz, sesi beramah mesra dgn Ustaz lak.
Jom layan pic Zizan n Ustaz main gitar.




Kemudian acara tiru gaya Ustaz Azhar. Ada dalam 6 org kot yg dijemput naik pentas n masing2 dapat hadiah. Yang beshnya, bila Zizan turut meng'ajuk/meniru gaya Ustaz...bergegar satu padang dgn lawak zizang ehhee.. Kalau korang nak tgk video2 tersebut, google je la,banyak kot...:D


Selepas santai bersama Ust Azhar, Akil Hayy pulak ambil alih pentas

Untuk sambutan Tahun Baru 2012 kat sini, julung-julung kalinya diraikan dalam suasana yang berbeza, bermakna dan baru iaitu tetamu kehormat, barisan artis dan pengunjung sama2 mengalunkan nyanyian memuji kebesaran Allah iaitu lagu 'Asma ul Husna' apabila tepat jam 12mlm, disusuli dengan doa penutup oleh Ustaz Azhar.







So, Tahniah n Thanks diucapkan kpd Program Jom Santai Bersama GEMS (Generasi Idaman Selangor)...(Fina and mama org Selagor..,semangat sikit ..heheh) yg berjaya menarik golongan muda ke sini, untuk menyambut tahun baru bertemakan keagamaan serta bersifat santai. Satu nafas baru yg patut difikirkan oleh org Islam utk membuat sesuatu majlis :)

Alhamdulillah, bagi fina ni satu pengalaman yang memberi keyakinan kpd kita bahawasanya ISLAM itu SYUMUL, boleh melaksanakan Hiburan yang boleh mendidik JIWA..

Dan disebalik mereka yg sedang bertungkus lumus, berlumba mengejar kemewahan hidup, masih ada golongan yang tidak membiarkan jiwa dan nuraninya kering dimamah kemewahan dunia yg fana ini..yg esok lusa, sesiapa pun tidak akan tau apa yg akan berlaku..memberi kesempatan kepada diri sendiri merebut saat-saat bersama2 80ribu umat Islam yg hadir mencari identiti Islam dipenghujung usia Dunia...sama2 bersila atas jalan, rumput, tikar, tak kira kaya miskin, tua muda, darjat...sama2 merasa aura Islam yg berkobar2 di setiap sanubari umat Islam yang berkunjung. Time ni lah kita nak ukur seseorang itu ego ker tidak..


Alhamdulillah...Syukur

My 1st movie - Alvin & The Chipmunks 3

Yeayyyy...last week @ Alamanda Putrajaya,
mama & papa dah bawak fina gi tengok wayang..

Disebabkan ini 1st movie fina,
so op coz la papa harus pilih movie yang fina boleh tonton dengan
riang rianya..


Here it is :


 Sangat seronok menonton mereka menyanyi sambil berdansa..so cuteee..
Alvin,Simon & Theodore and Chipettes..

Jom fina story skit ceritanye...

Percutian cruise Dave dan 6 chipmunks yg dianggap seperti anaknya sendiri bertukar menjadi mimpi ngeri  apabila mereka terkandas di sebuah pulau terpencil. .Semuanya berpunca daripada kenakalan Alvin yg perasan dah dewasa dan boleh membuat semua benda with minimum supervision (ayat nak mcm resume je kan).
 
Apa yg best dalam filem ni?

Bg fina setiap character menarik dan kelakar especially Theodore yg adorable! Hehe. Zoey yg mereka jumpa kat hutan tu pon ade wayar putus, serious kelakar.Chipmunks and Chipettes bukan boleh berckp jek tp boleh menyanyi dan menari,comel sgt. Antara lagu-lagu yg dalam filem ni; Bad Romance, Born This Way, I am a Survivor..mmg layannn ;)


Nak tau ape jadi lagi?Korang gi ler tgk wayang sndiri..
Tak pun,beli VCD jekk,tgk kt uma smbil mkn jajan ;)
 
 
 

Design By:
SkinCorner