Oct 23, 2013

Fina da ada adik!


Hai..salam..


Ya ampunnn! Lamanya fina menyepi,mesti ramai da rindu kat fina. Nak tau tak?fina da dapat adik tau..sekarang fina sibuk jaga adik pulak..tu yang fina tak sempat nak update blog *alasan!!

Mama bersalin 19 May 2013 aritu..da 5 bulan pun berlalu,baru nak bagitau..fina dapat adik boboiboy,nama dia Mohamed Afham Farrel.


 Ni time beberapa jam selepas adik kuar dari perut mama..
Welcome adik ;)


Adik fina da besar pun sekarang!!


Fina sayang sangat kat adik,tapi kadang-kadang fina jeles tengok mama asyik dengan adik jek.fina nak mama bagi attention selalu kat fina gak macam mama buat kat adik..tapi takpe,fina okay..finakan da besar!!






Tengok ni,ni tandanye fina gerammm sangat dengan adik..
comel sgt!!




Fina pandai dukung adik..walaupun adik berat 7.3kg aritu tapi fina larat jek dukung adik!
*xtau mama mengucap panjang bila nampak fina nak angkat adik!

Feb 25, 2013

Sembelit

Aduhhh..seksanya bila time fina nak membuang air besar..




Sejak akhir-akhir ni fina ada masalah untuk membuang air besar.Setiap kali nak membuang sure fina akan menangis and berjam-jam jugak la mama/papa kena menunggu sampai fina 'siap'..

Mama pulak selalu marah sebab mama cakap fina suka tahan and bila rasa nak buanga air besar,fina akan kepit punggung untuk mengelakkan drpd membuang..lama-kelamaan sisa-sisa tu akan mengeras dan itulah puncanya fina susah nak membunag bila tiba masanya.And mama cakap fina takut untuk buang air besar..:"(


Sebenarnya macam-macam mama da bagi untuk memudahkan pembuangan fina..Semuanya seakan-akan bersifat sementara je,pastu jadi balik and puncanya mama cakap diri fina sendiri sebab fina yang tahan dari membuang..kalau time da rasa,fina terus buang,mungkin tak kan seteruk klu fina asyik tahan..ermmmm..




Daripada ubat pam,yang masukkan dalam punggung untuk melincirkan pembuangan,petua-petua bagi minum air tepung kanji campur dgn susu,jus prune,buah prune and ubat yang melembutkan najis..sumanya mama da bagi fina minum.memang ada yang nampak kesan,tapi sekejap la..ada la seminggu dua ok,pastu jadi balik sembelit fina..mama da rungsing da..bawa pegi klinik pun doktor akan cakap benda yang sama and balik-balik ubat pam tu yang doktor bagi..


Orang selalnunya akan advise utk makan buah banyak,minum air banyak..bla..bla..bla..and fina memang takde masalah langsung untuk makan buah,sayur, and mungkin la kot yang dia kurang minum air sebabnya die terlalu banyak makan nasi and benda berat-berat..Mungkin terlebih karbohidrat??Boleh jadi jugakkan bila makanan yang die makan terlalu berat and proses penghadaman terganggu disebabkan pengambilan air yang kurang cukup..

Fina macam trauma sangat setiap kali nak membuang,itu yang setiap kali terasa,fina akan tahan..tapi sampai bila nak tahan??mama selalu marah..tolongggg fina :(

Feb 19, 2013

I'm already 3 years old!!

Alhamdulillah,

7 February 2013 lepas fina telah mencecah umur 3 tahun,terima kasih Allah!! Seperti tahun-tahun lepas ( 1st birthday , 2nd birthday ) mama and papa buatkan the best ever birthday party utk fina and tahun ni mama plan buat kat nursery dengan kawan-kawan fina pulak..mama nak fina lebih enjoy utk celebrate dengan kawan-kawan!

Mama jenis yang suka buat preparation awal,so sebulan sebelum birthday fina mama da start survey and buat booking utk goodies bag & kek.




Untuk goodies bag, seperti tahun-tahun lepas jugak,mama order dari Wan Party Shop. Kira mama da jadi regular customer kak wan ni..senang nak deal,harga pun op coz mama dapat rege murah sebab da tiap-tiap tahun muka mama yang order..:D

Untuk kek pulak,mama order dari AnisBakery. Utk pengetahuan kawan-kawan,ni lah tempat mama order kek kahwin mama dulu,sampai sekarang mama setia dengan dia..and untuk tema kek, of coz la kek dora the explorer..tapi disebabkan celebrate kat taska so mama tak nak kek ade fondant bagai.just a simple choc moist cake with edible image dora..tak elokkan budak-budak makan gula banyak!


Inilah hasilnya air tangan dari Anis Bakery!


Lain-lain preparation untuk birthday party ni such as deco-deco, party accessories, plating and menu mama dah arrangekan sumenya 2 weeks before event!Mama tak nak too rushing untuk settlekan semua sebab birthday fina jatuh hari mama bekerja,so bila mama da settlekan awal,everything going smoothly..;)




!

One week before,cikgu tulis kat board untuk inform parents dress up anak masing-masing supaya kelihatan cantik time bithday fina nanti ;)


Okay,everything settled...jom partyyy!!

Simple deco!Sussahnya nak carik deco theme dora..belasah apa yang ada..
 Menu : nasi goreng cina & mihun sup by katering emas gemilang!


 MUA by mama!! and ready to potong cake ;)


 Cikgu siapkan kawan-kawan utk party!!


 Jom potong kek..


Happy birthday to you..Happy birthday to you..
Happy birthday to fina..Happy birthday to you!!!
"TQ kawan-kawan!"


 Menu sampingan: finger nuget & star nuget , choc muffin and jelly mango.


I love you sooo much mama!!


 
Laparnya birthday girl..ehehe


 Da abis party,masa untuk kemasss!rajinnyee fina...


Cakkk!!mama love fina!!mmuahh ;)

Mama...TQ very much for everythingg!fina happy sangat..tapi sedih la jugak sebab tahun ni birthday fina,papa takde potong kek sama-sama...tapi nasib baik malam tu papa belanja makan febret fina..TQ kat papa jugak..LOVE PAPA & MAMA sangattt!!!mmuahhhhhh..

Dec 14, 2012

Majlis Graduasi & Mini Concert 2012


Disebabkan bakat  nyanyian yang ada pada fina,so fina terpilih utk menyertai persembahan sempena mini concert majis graduasi tadika..Memula mama tak confident yang fina boleh menyanyi on stage..papa lagi la,langsung tak percaya kebolehan fina..Bukan apa,fina sorang je budak 2 tahun yang terpilih dan selebihnya budak 3 tahun ke atas..Bila cikgu yakinkan mama yang fina boleh menyanyi dengan jelas,mama pun ok je la fina join concert tu even mama still tak confident fina boleh nyanyi depan orang ramai..Fina kena nyanyi lagu Fruit Salad dengan lagu I Love You..



Majlis ni diadakan di Dewan Balora Perdana, JPN Putrajaya.


Pelik tak tgk decoration dewan tu?huhuhuu..deco tu actually sempena perkahwinan beramai-ramai pada 12.12.12..alang-alang majlis ni 13.12.12 diaorg maintain je deco tu untuk majlis budak-budak ni..:D




 Memula sampai,lepak-lepak dulu sementara ketibaan tetamu yang lain.


Kiss mama dulu..dapatkan restu..:D

Disebabkan kekurangan tetamu khas, Pn. Noraini (Pengetua Taska) menjemput mama and papa utk mewakili tetamu khas yang tak dapat datang.. Dah la mama dengan papa,dress code tak formal..da orang ajak,pergi je la..dapat pulak duduk depan!!


Setting table only for VIP table..;)

Time ni fina and kawan-kawan tengah standby belakang pentas, mama nevess sangat tunggu time fina perform..one by one performance by budak-budak taska,cute sangat tengok diaorg bergangnam style and macam-macam nursery rhymes..mama dok bayangkan,boleh ke fina menyanyi macam diaorg?huhuu

Kalau ikut dalam aturcara majlis,fina perform dalam pukul 11 lebih..so,pengerusi majlis da jemput makan,mama sampai macam tak selera nak makan sebab dok tunggu fina tak keluar2 lagi,Lepas tu,boleh pulak pengerusi majlis cakap,ada anak-anak yang kat belakang tengah menangis..Alamak!!mama da risau,fina ke yang menangis tu..aduyaii..cepat la finaa...

Tengok org je la makan..

Time baru nak mood makan, sekali nampak fina da nak keluar,ape lagi..terus mama ke depan utk snap picture and record the video! Fina nampak mama and cakap 'itu mama' sambil tunjuk kat mama.mama senyum sambil suruh fina nyanyi..fina pun relaks je and nampak dia enjoyy je on stage..legaaa mama ;) 

1st song FRUIT SALAD






Full video of this song :



And the next song is I LOVE YOU song..




Lagu ni yang paling fina semangat sebab kalau kat rumah,fina asyik nyanyi lagu ni,lagipun kecik-kecik dulu fina suka tengok video barney and thats why la agaknya fina senang nak nyanyi lagu ni.Tengok la tu fina punya ''mmuahhhh' sampai terangkat-angkat kaki..semangat sungguh!


Da abis nyanyi,nak keluar pentas da..



Turun pentas,cikgu bagi fina kat mama..sampai kat mama,terus fina cakap nak makan..sian anak mama lapar!






Lepas perut fina da kenyang,mula la tak dok diam,orang kat atas pentas tengah nyanyi lagu BA BA BLACK SHEEPP,fina pun nak naik pentas nyanyi sekali..merengek2 kat mama,nak nyanyi lagi..alahaii fina,daripda mama risau-risau fina tak boleh nyanyi depan orang ramai,sudahnya over expose plak :D




Time penyampaian hadiah pulak,mama ada cakap yang fina akan dapat hadiah. Bila pengerusi majlis sebut nama, fina terus naik atas tangga depan pentas tu,padahal bukan nama dia pun yang disebut.Terkejut mama bila tengok dia dah sampai tangga atas sekali..ya rabbi,anak dara mama!!bila mama suruh turun,dia cakap nak hadiahh...huhuuuu..



Bila cikgu da bagi hadiah,maka tamatlah majlis hari itu and masa utk pulang!!


Nadya & fina!!



Inilah hadiah untuk fina..;)



Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Fina sangat happy and opcoz mama and papa lagi happy bila fina berjaya perform dengan jayannya..yeayyyy!!




Free diaper at 2 years!


Yeayyyy!

This is one of fina achievement..





Pada fina, takde la susah sangat mama nak train fina untuk start free diaper ni..Biasanya mama akan train during weekend,itu pun weekend yang takde kemana-mana. And bisanya jarang weekend ada kat rumah,so memang jarang la mama berkesempatan untuk train fina.

For the 1st time, standard la,confirm punya fina anak terlepas kat mana-mana..setiap 5 minit sekali kot mama akan tanya 'fina nak kencing'? and mama akan sentiasa bagitau ' nak kencing bgtau mama okay..'kencing kat toilet'..'jangan kencing dlm seluar'..bla..bla..bla..! boring da dengar..Fina pulak,bila tengah kencing tu baru fina akn bagitau mama yang fina kencing..utk memula ni mama tak marah la sgt..mama just bagitau balik,' kalau nak kencing bagitau mama cepat2'..okay...and berulang benda yang sama utk aritu..

Next train plak,mama semakin mengganas, setiap kali fina kencing kat mana-mana,mama akan start marah sambil ulang benda yang sama balik..' nak kencing bgtau mama okay..'kencing kat toilet'..'jangan kencing dlm seluar'..bla..bla..bla..!kali ni,mama akan letakkan fina dalam toilet lama-lama utk ajar fina kencing..setiap 10-15 minit,mama akan bawak fina ke toilet even fina tak cakap pun nak kencing..tapi,fina tetap kencing merata jugakk..fina tak dapat nak gak,bila nak bagitau mama and bila nak kencing..sudahnya,terkencing gak kat tempat dimana fina berada..




And nampaknya mama mcm fed-up je nak train fina lagi.Mama cakap penat la kalau asyik kencing merata jek,baik pakai pampers je.And lama-lama..bila setiap kali fina kencing dalam pampers fina akan bagitau mama,and mama akan ckp,'kencing je la..fina kan pakai pampers'..and mungkin mama terfikir yang fina da bole control and bagitau bila dia nak kencing!

And alhamdulillah,bila mama train lagi sekali,mama cakap lagi benda yang sama mcm mama pernah cakap dulu 'nak kencing bgtau mama okay..'kencing kat toilet'..'jangan kencing dlm seluar'..bla..bla..bla..!fina semakin ingat kata-kata mama..bila mama tanya ' nak kencing kat mana?'..fina akan jawab 'toilet..'..bila mama tanya,'kalau kencing kat sini(sofa/karpet) mama akan buat ape?'..fina akan jawab,'mama marah ngn cubit'!yess..fina da paham..and bila mama bawak ke toilet,fina kencing dengan jayanye..and begitulah seterusnya..legaaa da mama..fina da boleh control utk kencing dan bagitau mama..so,satu hari tu memang fina tak pakai pampers sampailah time nak tidur..

Pas ni fina kena ready utk training malam pulak..nampaknya ni tugasan lagi mencabar utk mama!!Sekarang,balik nursery,fina tak pakai pampers da,time tido je baru mama akan pakaikan..tapi kat nursery,cikgu macam tak berapa rajin untuk monitor fina..so,mama kena main peranan la..:D

Mama sebenarnya tak kisah pun fina nak pakai pampers ke tak,sebab mungkin awal lagi pada usia 2 tahun ni,sebab ramai kawan2 fina yang 4 tahun baru nak belajar free diaper..tapi mama nak fina belajar and tengok sejauh mana fina boleh pergi..and alhamdulillah,mama happy dengan pencapaian fina..mama selalu cakap 'fina pandaiiii!!'..TQ mama ;)








Im going to be a big sister!


Alhamdulillah!!


Apakah maknanye ni??


Fina nak dapat adik..Insyaallah! 


Asyik cakap dengan dora jekk..:D


Mama now 4th month of pregnancy and insyaallah akan melahirkan adik fina pada bulan May 2013.

Nampak tak cute baby inside mama's tummy? hehe


Mama selalu tanya fina,fina nak adik boy or girl? Ermmm..fina tak tahu nak jawab apa, tapi mestilah fina nak kawan main masak-masak dan kawan main anak patung..Kalau boy nanti,dia tak nak kawan dengan fina..Tapi,mama cakap,mama nak boy...



dan apapun semuanya Allah tentukan.

Yang penting baby fina nanti cukup sifat and sihat dengan jayanya!!
Insyaallah!!! ;)





Oct 30, 2012

Hobi fina menyanyi



Happy watching!!





                                       TAJUK LAGU : BABY SAYA

Lirik :
Baby saya baby saya
Menangis..menangis
Emak buat susu,emak buat susu
tidurlah..tidurlah

Jangan nakal,jangan nakal
Di taska,di taska
Nanti cikgu rotan,nanti cikgu rotan
bab bab adoi,bab bab adoi



TAJUK LAGU : MANA KUCING

Lirik:
Mana kucing,mana kucing
Didapur,didapur
Makan ikan goreng,makan ikan goreng
Mioww..mioww.mioww




TAJUK LAGU : ABC




TAJUK LAGU : TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR

Lirik:
Twinkle twinkle little star
How i wonder what you are
Up above the world so high
Like a diamond in the sky



TAJUK LAGU: KAPALTERBANG

Lirik:
Kapalterbang,kapalterbang
Tersangkut..kut,tersangkut..kut
Masuk dalam lubang,masuk dalam lubang
Meletop..pomm,meletop..pomm


Tak kira dimana-mana dan dalam apa jua keadaan,kalau fina rasa nak nyanyi,fina nyanyi jek..Lagu2 diatas adalah versi fina sendiri..ada yang fina belajar kat school and ade gak yang mama and ummi ajar! 

Selain lagu2 di atas,banyak lagi lagu yang fina suka nyanyi..pendek kata,mmg fina suke nyanyi laa..bila kite nyanyi kite akan rasa gembira disamping dpt menghiburkan ramai org ..lalalalalaaaaaaa  ;)

 

Design By:
SkinCorner