Aug 22, 2011

Manfaatkan masa die bulan Ramadhan ;)


Ahad lepas,fina and family menghadirkan diri ke Majlis Ilmu yang dianjurkan oleh Surau Annur,Bandar Baru Bangi..Mmg kebiasaanye,setiap pagi Ahad ada Majlis Ilmu untuk sesiapa sahaja yang ingin mendptkan ilmu..Ini lah masanye untuk kita muhasabah diri lebih2 lagi di bulan yang penuh barokah ini...(Ecehhh,mcm bgus lak ayat fina ni..maaf klu terasa mcm bagus.hehehe)

Ok..ceramah di sampaikan oleh ustaz....???Alamak,ustaz ape eh?sori la,fina dtg lmbt sikit.Mama ngan papa la ni bgn lambat,so fina tak sempat nak tanya..:D Actually ceramah ni untuk kaum muslimat,mmg setiap pagi Ahad akan diadakan ceramah utk kaum muslimat di Surau Annur ni..Tp tak semestinya kaum muslimin tak bole datang.. Sgt2 dialu2kan..Sbb tu papa fina pun join gak...

Disebabkan kteorg sampai agak lambat,so mama ngan papa malas nak msuk dalam.. Dengar dari luar pn clear gak..So,lepak je la kt tangga batu area surau tu...

Time baru sampai..
Opss..abaikan ape yg fina ngah mkn tu (bln pose ni)



Fina ngan mama tersayang..
Mentang2 dok luar,suke suki je posing bagai2..
Klu dlm surau,sure kna kusyuk..:D

Okay..meh fina nak share serba sikit apa yang disampaikan oleh ustaz ni..Ni apa yang fina sempat dengar la eh..:D  "Ustaz ni cerita ttg keikhlasan kita berpuasa..Puasa ni tak sama seperti solat, zakat, haji..Kalau kita solat,orang nampak kita solat,begitu juga dgn mengerjakan haji,orang tau. Tetapi puasa,orang tak tau.. Puasa ni adalah ibadah diantara manusia dan ALLAH..sbb tu la ganjaran pahala yang diberikan sgt berlipat ganda dan hanya ALLAH yang tahu keiklhasan berpuasa hambanya"

Okay..jom posing2 lagi..hehehe

Org tak pose mmg cmni..Tak reti dok diam


Ok,da penat..dok diam..Nak sambung ceramah lagi ni.." Ustaz cakap, org kte zaman sekarang ni ramai sgt yang posa tapi tak solat..sanggup thn lapar dahaga semata2 nak ikut org..org posa,dia pn nak posa..Kalau tak nak solat,bkk jek posa tu ustaz ckp..Sia2 jek..Solat tu lagi penting dr puasa,kerana jarang kte jmpe org yang solat tak posa..tp ramai kite jmpa org posa tp tak solat.." Bile pk2..Betul gak ustaz ckp... Byk lagi ustaz cite,tp kang korng ckp fina wat cite lak :D  

Kesimpulannya mmg best ceramah ni and sgt berguna utk semua yang hadir. Kdng2 kita manusia ni mudah leka dan terlupa,bila sesekali hadir majlis ilmu mcmni,terisi sikit mana yang lopong tu..So,isilah masa yang terluang tu dgn menghadiri majlis ilmu..Drpd tido je kt umah blan2 pose ni..wat sakit kepala jek..:D

Ok,jom balik...

Fina ngan papa ;)



No comments:

Post a Comment

 

Design By:
SkinCorner